Bil | Nilai | Penerangan/Definisi |
1 | Kepercayaan kepada Tuhan | Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara. |
2 | Amanah | Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain |
3 | Harga Diri | Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan |
4 | Bertanggungjawab | Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna |
5 | Hemah Tinggi | Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian |
6 | Toleransi | Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup |
7 | Berdikari | Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. |
8 | Kerajinan | Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara |
9 | Kasih Sayang | Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. |
10 | Keadilan | Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah |
11 | Rasional | Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. |
12 | Kesederhanaan | Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. |
13 | Kasih Sayang terhadap keluarga | Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. |
14 | Hormat dan taat kepada anggota keluarga | Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia |
15 | Mengekalkan tradisi kekeluargaan | Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga |
16 | Tanggungjawab terhadap keluarga | Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga Bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga |
17 | Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar | Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. |
18 | Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar | Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara |
19 | Kemapanan Alam Sekitar | Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup |
20 | Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar | Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya |
21 | Cinta akan Negara | Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri |
22 | Taat Setia kepada Raja dan Negara | Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara |
23 | Sanggup berkorban untuk Negara | Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai tanda berbakti untuk negara |
24 | Melindungi Hak kanak-kanak | Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna |
25 | Menghormati Hak Wanita | Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara |
26 | Melindungi hak pekerja | Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara |
27 | Menghormati hak golongan kurang berupaya | Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan |
28 | Melindungi hak pengguna | Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi. |
29 | Mematuhi peraturan dan undang-undang | Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. |
30 | Kebebasan bersuara | Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman |
31 | Kebebasan beragama | Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia |
32 | Penglibatan diri dalam pembangunan Negara | Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia. |
33 | Sikap keterbukaan | Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. |
34 | Hidup bersama secara aman | Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. |
35 | Saling membantu dan bekerjasama | Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat. |
36 | Saling menghormati antara negara | Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. |
Monday 18 July 2011
NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment