Monday 18 July 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PENDIDIKAN MORAL SPM

Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i)      Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
          - 1 nilai diberi 1 markah
          Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii)     Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
-      Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

          P = penerangan yang mengandungi kata kunci
          H = penerangan kepada contoh amalan nilai
         
         
(iii)    soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
          Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
          Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv)     contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

·         Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
·         Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan


(B)   Peringatan

(i)                   Nilai mesti ditulis dengan tepat
(ii)                 Ejaan mesti betul
(iii)               Penambahan dan pengguran inmuhan tidak dibenarkan
(iv)                Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v)                  Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
(vi)                Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii)              Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut..maka jawapan mesti berbunyi, dua nilai yang harus/mesti/patut...
(viii)             Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix)                Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang ditanya.


Soalan Esei

Peringatan

(i)                   jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
(ii)                 jangan senaraikan nilai
(iii)               jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian sahaja.
(iv)                Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v)                  Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi)                Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii)              Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama tidak akan disemak

 
N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA



Bil
Nilai
Penerangan/Definisi

1
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.

2
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

3
Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

5
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

6
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

7
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan  melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

9
Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.



12
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

13
Kasih Sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

14
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia

15
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

16
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga  untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan  menjaga maruah keluarga

17
Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara    alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

18
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

19
Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

20
Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan  berusaha menyelesaikannya

21
Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

22
Taat Setia kepada Raja dan Negara

Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
23
Sanggup berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu  sebagai tanda berbakti untuk negara


24
Melindungi Hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna

25
Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara

26
Melindungi hak pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf  perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara

27
Menghormati hak golongan kurang berupaya

Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan

28
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

30
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

31
Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia

32
Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

33
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

34
Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.


35
Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

36
Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Video Gaya Hidup Sihat

                                                                                    

Perbahasan


Tajuk: Perbahasan
1.0       Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perbahasan bermaksud perihal berbahas atau membahaskan, perdebatan atau peraduan berbahas antara dua pasukan (biasanya terdiri drpd tiga orang) yg membahaskan sesuatu tajuk (secara formal).

2.0       Tujuan: 
ü  Membolehkan pelajar berbincang tentang isu atau persoalan yang dibentangkan.

ü  Mengasah kebolehan pelajar dalam percakapan dan menganalisis maklumat.

3.0       Kepentingan
ü  Membolehkan sesuatu isu dibentangkan sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan.

4.0       Hasil bahan projek – video perbahasan


5.0       Prosedur kerja
ü  Guru menentukan tajuk perbincangan
ü  Menentukan pelajar yang mengambil bahagian
ü  Menentukan bilangan ahli bagi setiap kumpulan (3 atau 4 orang)
ü  Melantik pengadil dan pengerusi majlis
ü  Menentukan masa setiap ahli bercakap
ü  Menentukan masa bagi setiap kumpulan membuat persediaan dan menggulung perbahasan
ü  Menentukan tidak ada gangguan semasa perbahasan dijalankan
ü  Pelajar lain boleh boleh ambil bahagian jika ada masa


6.0       Penggunaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran / Cara dan strategi penggunaan
ü  Guru boleh melaksanakan perbahasan dalam dua bentuk iaitu:

i.              Karangan jenis perbahasan

Ø  Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

Ø  Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu :
-                pihak pencadang
-                pihak pembangkang

Ø  Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

Ø  Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda.

Ø  Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

Ø  Mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
-       kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

-       ‘Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

-       Pengenalan              kata alu-aluan,  tajuk yang hendak dibahaskan

-       Perenggan ke-2        tidak bersetuju dengan tajuk alat media massa yang
                                                       terkenal menyiarkan banyak rancangan

-       Perenggan ke-3        rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah
                                    dapat mengetahui perkembangan dunia

-       Perenggan ke-4        banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu
                                     pengetahuan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih
                                     terperinci

-       Penutup                  tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan, ucapan
                                  terima kasih


Contoh Karangan Jenis Perbahasan
 
          Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru-guru, para hakim yang arif, barisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’.

          Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu. Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai-bagai rancangan seperti filem rencana, berita, drama dan lain-lain lagi.

          Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja.

          Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ‘Hari Ini Dalam Sejarah’, ‘Siaran Ke Sekolah-sekolah’ , ‘TV Pendidikan’ dan lain-lain lagi. Filem-filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

          Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengundur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.


ii.            Pertandingan membahas

7.0       Sumber – laman sesawang, kamus dewan.